Sunday, November 30, 2008

Citarasa Seorang Pelanggan

9/10 rezeki dalam perniagaan, memang telah diketahui dan dibuktikan oleh ramai ahli perniagaan yang berjaya. Hari ini saya ingin bekongsi ilmu perniagaan tentang perniagaan makanan. Kita selalunya nak makan makanan yang sedap, oleh itu setiap produk yang ingin kita pasarkan mestilah sedap. Jika masakan kita sedap sudah tentu ramai yang menggemarinya, dan sudah semestinya kita akan berjaya dalam perniagaan makanan. Perniagaan makanan merupakan satu industri yang tinggi nilai keuntungan jika kena caranya. Sekarang banyak kita lihat rangkaian restoran yang ada di merata tempat, walaupun persaingan yang sengit kita tak perlu takut dengan pertandingan yang sihat ini, malah ianya adalah salah satu tolakan untuk kita majukan perniagaan kita dengan mempelbagaikan gaya, citarasa malahan persembahan masakan kita.
Saya sebagai seorang pelanggan memang sukakan masakan yang sedap, bila makanan yang dimakan itu sedap, dalam minda mula terfikir ingin makan lagi makanan yang sedap itu. Selain itu juga saya akan bercerita pada kawan-kawan dan saudara-mara, melalui proses ini maka berkembanglah pasaran tempat sedap yang saya makan itu melalui proses rangkaian mulut ke mulut. Kadang-kadang kita terlepas pandang dengan masakan yang kita hidangkan kepada pelanggan, malah itu adalah aset yang paling penting untuk kita melariskan perniagaan makanan.
Jadi tips yang paling penting adalah " MAKANAN YANG SEDAP" adalah kunci utama perniagaan makanan. Walaupun begitu ciri-ciri kebersihan adalah perlu diutamakan juga.

Ok. Setakat ini dahulu, kita sambung di lain lembaran.

Tuesday, November 18, 2008

Berniaga Ikut Khadijah

Salam perniagaan dihulurkan. Siti Khadijah merupakan seorang yang berasal dari keturunan Quraisy. Beliau dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah dan dibesarkan oleh ibubapanya dengan penuh kasih sayang serta diberikan tarbiah yang sempurna.

Beliau juga merupakan Ummul Mukmin pertama yang mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri, berbeza dengan isteri-isteri baginda yang lain. Beliau bukan sahaja wanita yang jelitawan tetapi mempunyai harta kekayaan dan tergolong di antara orang-orang yang ternama di Mekah.

Beliau sangat pandai mentadbir perniagaannya sehingga berjaya sampai ke Yaman dan Syam. Beliau pernah menyerahkan urusan perniagaannya kepada baginda kerana percaya dengan kejujuran baginda. Sehinggalah sampai suatu ketika beliau jatuh cinta dengan kebaikan dan kelembutan Rasulullah, lalu menyatakan hasrat untuk mengahwini baginda.

Ini adalah serba sedikit latar belakang tentang isteri Rasullullah yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Saya mengambil beliau sebagai IDOLA dalam memulakan perniagaan.

Sebelum memulakan sesuatu kita perlulah terlebih dahulu mempunyai niat, seperti ingin menambahkan pendapatan, cari duit sampingan dan sebagainya. Dengan niat inilah akan membawa kita ke gerbang pernigaan dan juga liku-likunya. 9/10 rezeki melalui perniagaan, begitu juga dugaannya, sesiapa yang sanggup menempuhinya bakal merasi nikmatnya yang tidak terjangkau.

Setakat ini dahulu mukaddimah saya, Insyallah sayang akan sambung lagi. Wassalam.